Thursday, July 1, 2010

Hari Pertunangan Ku :)








Assalamualaikum,

Sudah lama benar aku tak update blog aku nie.. Tetibe malam nie teringat lak aku ada blog.. hehe..
Kehidupan dah banyak berubah sekarang nie, mungkin tak kelihatan secara jelas tapi sebenarnya memang ada perubahan. Alhamdulillah family kami semua dalam keadaan baik dan sihat semuanya. Pemergian Arwah Mama kami memang kami masih terasa. Sekarang nie pun nasib baik lah kebetulan cuti semester lagi buat adik kembar perempuan aku tue ha. Ade jugak lah peneman dan sedikit sebanyak mengisi masa kekeluargaan bersama-sama.

Sebenarnya aku terpikir nak bertunang selepas Raya tahun nie, tapi selepas pemergian Arwah Mama kami, aku terasa sedih dan kosong sedikit sebanyak. Sebabnya Arwah Mama je lah yang betul-betul memahami diri aku sebenarnya. Bila terpikir balik masa lalu, beberapa hari sebelum Arwah Mama pergi, aku rasa bersyukur dan sedih pun ada. Bersyukur sangat sebab aku sempat berbisik dan mintak maaf darinya.. Ya Allah, aku masih boleh ingat dengan jelasnya... Kami sama-sama menangis.. makcik aku yang ada sekali masa tue pun turut menangis. Alhamdulillah memang Arwah Mama cukup mengenali diri ku... Sedih sebab Arwah Mama tiada bersama kami dihari Pertunangan aku.. tapi aku tahu Arwah Mama restui hubungan kami.. Insyallah...

Tarikh 27hb June 2010, menjadi satu tarikh yang cukup istimewa buat diri ku. Alhamdulillah aku telah selamat bertunang dengan pasangan aku yang kami kenali secara kebetulan. Walaupun cukup singkat pengenalan kami, tapi aku dapat rasakan dialah penganti yang aku cari selama ini. Alhamdulillah aku telah ditemukan dirinya. Semoga hubungan kami akan kekal sehingga ke hari kami disatukan Insyallah.. buat tunang ku, Hilyati Jamalina, terima kasih keatas segalanya. Kamu telah banyak membantu diriku dan keluarga ku..

Terima kasih pada semua kawan-kawan, sedara mara dan juga keluarga arwah isteri ku yang memberi ucapan tahniah dan doa serta restu dari anda semua. Semoga semuanya kan berjalan lancar dan selamat, Insyallah..

Sinaran baru buat diri ku.. Insyallah.. amin.

Best Regards,
Arman Harris Mustafa

0 comments: