Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari nie 1 Syawal menjelma bersamaan 10 september hari Jumaat. Cuaca sepanjang pagi nie hujan renyai2 dan sejuk cuacanya.

Sekeluarga makan soto bersama2 sebelum pergi solat sunat aidilfitri. Soto menu wajib family kiteorg setiap kali hari raya. Cuma nie kali pertama kami sekeluarga berhari raya tanpa mama kami tercinta.

Lepas solat raya kiteorg ambil gambar sekeluarga sebelum pergi menziarahi kubur arwah mama dan arwah isteri ku (kak ida). Hujan renyai2 menemani kami sambil kami sedekahkan bacaan yasin buat arwah.

Pastu barulah tetamu datang hadir dan kami semua melayan tetamu. Fuhh tak menang tangan dibuatnya. Meriah suasana. Tghari nie semua akan pulang ke kampung melaka. Tapi aku je tak balik sebab kena kerja.. Tiga tahun berturut2 kena kerja masa raya. Sedih tul.. Tp apa leh wat.. Dugaan..

Apa pun aku menantikan raya ke empat nie.. Insyallah aku akan beraya di kampung tunang tercinta ku.. Hilyati Jamalina dan sekeluarga di kubang kerian, kelantan.

Buat semua kengkawan ku.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Yang kan pulang ke kampung, pandulah cermat. Ingat lah org tersayang.

P/s: Ya Allah, tabahkan hati kami dan ampunkanlah dosa2 kami. Semoga kami diberi peluang untuk menyambut ramadhan tahun hadapan dengan penuh nikmat dan kesyukuran. Ampunkan dosa2 arwah mama dan kak ida.. Semoga mereka ditempatkan bersamaan dikalangan org2 soleh n beriman. Insyallah..


Best Regards,
Arman Harris Mustafa

0 comments: