Alhamdulillah.. Baby kami sihat. Dah masuk 16 minggu usianya.. Dan masa buat pemeriksaan di Hospital Pakar Kuantan bersama Doktor Khalid, masa tengah buat scan tue.. Our lil baby bergerak! Tangan dia seperti melambai2.. Subahan'Allah! Happy dan sungguh hebat kekuasaan Allah swt, aku dan isteri bersyukur baby kami sihat. Alhamdulillah. Ya-Allah peliharalah dan berikan kesihatan yang baik seta keselamatan buat Isteri ku dan baby kami. Amin ya rabbi'alamin.. :)
In the hopes of reaching the moon men fail to see the flowers that blossom at their feet
Friday, December 16, 2011
Thursday, December 15, 2011
Saya Lulus Exam Drebar Engine Grade Dua!
Alhandulillah lulus jugak aku first time amik exam Grade Two Boilerman semalam 14hb Dec. Fuhhh.. Memang bedebor2 ler masa tunggu turn tue.
Sepatutnya aku cuti pada 2nd nite shift (13hb) tapi entah macam mana ada kesilapan teknikal pada orang yang patut cover aku tak jadi cover. So terpaksa lah aku datang kerja jugak malam tue. Sedangkan besok paginya aku ada exam pukul 10am. Dah ler aku tak study ape2 lagi pasal exam nie. Asalnye aku nekad taknak amik exam sebab mmg tak ready pun. Tapi wife aku bagi galakan dan kata cubalah amik. Lulus idak takpelah.
So mlm tue mmg aku dok study ajelah sampai ke pagi tue. Balik je turus pegi amik test. Dah ler tak tido. Tapi berkat doa dan tunjuk ajar sahabat2 serta cikgu, dapat jgklah aku jawab dan Lulus!! Alhamdulillah..
Thanks to all.. Thanks also to my lovely wife for the support!! :)
Wednesday, December 7, 2011
Tahniah buat Sayang! Happy Convocation!
Tahniah buat isteri ku tercinta atas kejayaan dan akhirnya selamat menyambut hari convocation pada 4hb dec lepas. Abg rasa sungguh happy dan terharu atas kejayaan sayang. Syukur pada Allah swt diberikan peluang buat sayang dan abang utk hadir menyambut hari istimewa ini bersama2.
Semoga dengan kejayaan ini sayang akan menjadi insan yang cemerlang dan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.
I'm proud of you sayang! I love you always. Tahniah yea sayang! :)
Sunday, December 4, 2011
Happy 1st year Anniversary Sayang!
Alhamdulillah hari nie pada 4 December 2011, cukuplah setahun cinta dan kasih sayang dari ikatan perkahwinan yang dibina berjaya kami lalui dengan pelbagai kisah pahit dan manis.
Tempoh 365 hari penuh dengan pelbagai kenangan serta pengalaman yang mana sedikit sebayak memberi serta mematangkan kami. Masih jauh lagi perjalanan ini. Syukur pada Allah s.w.t. memberi kami kesempatan meraikanya serta kami tiba sabar menanti kehadiran baby kami insyallah pada bulan may tahun hadapan.. :)
Sayang, terima kasih atas segala kasih sayang serta pengorbanan yang telah saya berikan pada Abang. Abang hargainya selamanya. Semoga kasih sayang serta cinta ikatan kasih sayang antara kita akan kekal selamanya. I love you always and forever sayang. Happy Anniversary Sayang Ku Hilyati Jamalina! :)